السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
- Saban tahun Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (Pusat Pendidikan Hidayah) menganjurkan MALAM BADAR
- Satu malam di mana warga Hidayah berkumpul berbuka puasa, solat berjamaah dan tarawih sekali dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim
- Satu program bersempena memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW
- Insiden taarbawi itu sudah lama berlalu, namun roh, semangat dah fikrahnya perlu dihidupkan di kalangan warga Hidayah dan seluruh masyarakat
InsyaAllah, PIBG SRIH & SMIH dengan pimpinan PPH & BoT Hidayah menganjurkannya lagi pada tahun ini. Semuga keberkatan digarap oleh kita semua sempena Ramadhan Al-Mubarak melalui penyertaan kita semua.
Objektif Malam Badar
- Menghayati perjuangan Nabi junjungan Rasulullah SAW dan sahabat generasi awal Islam dalam dakwah, perjuangan dan pengorbanan
- Merapatkan ukhuwwah Islamiyah dan barisan warga Hidayah melalui kebersamaan Iftar Ramadhan dan menjayakan aktiviti PIBG khususnya di bulan Ramadhan al-Mubarak
- Menjana dan mengumpul dana bagi keperluan Pembangunan & Prasarana Sekolah Islam Hidayah
- Memberi kesempatan kepada ibubapa menyumbang jamuan berbuka bagi meraih keberkatan dan ganjaran Ramadhan yang berkat ini
Jemputan IFTAR (berbuka puasa) bersama-sama sempena MALAM BADAR
- Semua warga Hidayah di kalangan murid-murid, guru-guru, staf, ibubapa dan masyarakat setempat adalah dijemput dengan segala hormatnya untuk datang IFTAR di Sekolah Islam Hidayah bersempena MALAM BADAR
- IFTAR disediakan secara gotong royong dan Aqiqah 1 ekor lembu dan 9 ekor kambing. Penajaan masih dibuka untuk: beras Basmathi (150 kg), ayam (100 ekor), penajaan dulang (300 dulang)
- Jawatankuasa MALAM BADAR akan menyediakan lebihkurang 300 dulang hidangan nasi untuk semua
- Ibubapa dan semua warga Hidayah dijemput untuk sama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan program Malam Badar
- Kita IFTAR bersama! Ambillah kesempatan di bulan yang mulia untuk bertemu dan saling merapatkan silaturrahim sebagai warga HIDAYAH (baca lagi...)
 |
|