Malam Pengorbanan BADAR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  • Saban tahun Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (Pusat Pendidikan Hidayah) menganjurkan MALAM BADAR
  • Satu malam di bulan Ramadhan di mana warga Hidayah berkumpul berbuka puasa, solat berjamaah dan taraawih dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim
  • Satu program bersempena memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW
  • Insiden taarbawi itu sudah lama berlalu, namun roh, semangat dah fikrahnya perlu dihidupkan di kalangan warga Hidayah dan seluruh masyarakat

InsyaAllah, PIBG SRIH & SMIH dengan pimpinan PPH & BoT Hidayah menganjurkannya lagi pada tahun ini.
Semuga keberkatan digarap oleh kita semua sempena Ramadhan Al-Mubarak melalui penyertaan kita semua
.


Objektif Malam Badar
  • Menghayati perjuangan Nabi junjungan Rasulullah SAW dan sahabat generasi awal Islam dalam dakwah, perjuangan dan pengorbanan
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyah dan barisan warga Hidayah serta masyarakat setempat melalui kebersamaan Iftar Ramadhan dan menjayakan aktiviti PIBG khususnya di bulan Ramadhan al-Mubarak
  • Menjana dan mengumpul dana bagi keperluan Pembangunan Prasarana Sekolah Islam Hidayah
  • Memberi kesempatan kepada ibubapa menyumbang jamuan berbuka bagi meraih keberkatan dan ganjaran Ramadhan yang berkat ini

Jemputan IFTAR (berbuka puasa) bersama-sama sempena MALAM BADAR 2015

Semua warga Hidayah di kalangan murid-murid, guru-guru, staf, ibubapa dan masyarakat setempat adalah dijemput dengan segala hormatnya untuk datang ke majlis IFTAR (berbuka puasa) di Sekolah Islam Hidayah bersempena MALAM BADAR 2015 pada 

4hb Julai 2015 bersamaan 17hb Ramadhan 1436 (Sabtu) di Dataran Amanah, SRIH.

IFTAR disediakan secara gotong royong dengan memasak daging Aqiqah 3 ekor lembu.

Jawatankuasa MALAM BADAR akan menyediakan lebihkurang 500 dulang hidangan nasi (berlauk daging lembu/ayam) untuk berbuka puasa kepada lebihkurang 2000 tetamu. Ibubapa dan semua warga Hidayah dijemput untuk sama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan program Malam Badar.

Penyediaan IFTAR berdasarkan konsep 'ukhuwah' gotong royong dan sumbangan di antaranya:


Menu:
1. Nasi Beriani, Ayam Merah


Daging:
1. 3 ekor lembu (Aqiqah)  - 19/21 sudah ditempah
2. Ayam (100 ekor) 

Tajaan:
1. Tajaan Dulang (sasaran 500 dulang) - RM50/dulang - 500 sudah ditaja

Keperluan Masakan:
1. Beras 200kg - sudah ditaja
2. Sayuran - 

Buah-buahan/Kuih/Air:
1. Tamar/Kurma - sudah ditaja (Ruthab)
2. Air Mineral - 4000 botol sudah ditaja


Peralatan:
1. Standing Fans - 20 buah
2. Tikar hamparan - pinjam Masjid Taman Mutiara, 20 gelung
3. Hiasan pentas ceramah



Untuk memudahkan pengurusan bayaran Aqiqah, Tajaan Dulang, sumbangan, derma kepada Dana Hidayah hendaklah dibuat ke akaun 
Maybank Dana Hidayah (551306500918) 
(sila sms ke Dr Zakaria-019 7732512, apabila membuat tempahan & bayaran) 
 


Kita IFTAR bersama! Ambillah kesempatan di bulan yang mulia untuk bertemu dan saling merapatkan silaturrahim sebagai warga HIDAYAH (baca lagi...)





web counter